Wahai Anak murid yang dikasihi, disayangi, dicintai dan dirindui.....tolong ambil latihan ni dan buat ya.....


Latihan esei untuk penggal 1



Latihan esei 2
Tajuk:Batik merupakan hasil kraf tangan yang diwarisi sejak turun- temurun dan berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Pada pendapat anda , apakah langkah yang wajar untuk memajukan industri batik negara ini?

Draf Karangan

Pendahuluan
-batik merupakan salah satu warisan seni dan budaya yang menjadi identiti bangsa Melayu
-terdapat pelbagai langkah yang boleh dilakukan untuk memajukan industri batik.

perenggan isi 1
Mempergiatkan usaha mempromosikan batik
-maklumat tentang jualan dan seni batik disebarkan melalui kempen,iklan dan pameran
-pihak kerajaan membantu  usahawan batik menerokai pasaran baru
-memperkenalkan syarikat pengusaha batik dan industri kraf batik di persada dunia.


perenggan isi 2
Mempelbagaikan produk yang berasaskan batik
-pengeluar batik perlu memikirkan secara kreatif untuk menghasilkan produk baru berasaskan batik
-sebagai contoh, batik boleh dibuat sebagai cenderamata, beg tangan dan sebagainya.
-fungsi batik dapat dipelbagaikan-industri batik akan dapat dikembangkan

perenggan isi 3
Memperluas penyelidikan yang berkaitan dengan batik
-pihak pengeluar batikboleh bekerjasama dengan institusi yang menjalankan penyelidikan batik
-mengumpulkan maklumat berkaitan dengan batik-aspek peknik penghasilan, corak , jenis produk, cita rasa masyarakat dan sebagainya.

perenggan isi 4
Mewajibkan pemakaian baju batik kepada pegawai kerajaan dan swasta
-pihak berkuasa perlu mengeluarkan surat pekeliling atau arahan kepada pihak yang terlibat.
-menggalakkan pemakaian batik dipejabat atau dalam majlis rasmi.
-pemakaian batik diwajibkan pada setiap hari khamis

perenggan isi 5
Memperbanyak motif dan tema batik negara
-tema dan motif batik tersebut boleh dicipta dengan menggunakan teknologi moden
-perisian canggih dengan memggunakan komputer lebih menarik-dapat menarik perhatian pengguna
-masyarakat lebih tertarikoleh penghasilan batik daripada pelbagai motif dan tema

perenggan isi 6
Menggalakkan penubuhan industri kemahiran seni batik
-lebih banyak tenaga mahir dalam industri batik dapat dilahirkan
-kementerian atau jabatan yang bertanggung jawab boleh menubuhkan pusat latihan batik
-lebih banyak batik yang berkualiti dan unik dapat dihasilkan.

kesimpulan
-langkah untuk memajukan industri batik negara ini perlu dopergiat-dijalankan dengan lebih serius
-tak kenal maka tak cinta-berharap seni batik negara semakin dikenali dan berkembang pesat-menembusi pasaran antarabangsa;








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog