Hubungan Dari Segi Leksikal

Hubungan wacana berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan.

i. Antonim:


Kata yang berlawanan maksud

pemuda-pemudi
Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara.

ii. Sinonim”


kata yang mempunyai maksud yang hampir sama

rajin-gigih
Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti.

iii. Hiponim:

kata yang mempunyai unsur sebagai subordinat

pokok bunga-cempaka,bunga raya, bunga kertas
Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga tersebut.

iv. Homonim:

Kata yang mempunyai ejaan dan sebutan yang sama tetapi maknanya berbeza

daki-panjat
       -kotoran
Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat tinggi. Aku bersa sangat letih kerana mengeluarkan banyak peluh sehingga badanku dipeluhi dengan daki.

Comments

Popular posts from this blog