Ragam Bahasa Sindiran Iaitu perkataan yang ditujukan untuk menyatakan sesuatu maksud kepada seseorang, tidak disebutkan atau dinyatakan secara tepat. Hanya disampaikan secara sinis dengan dikias-kiaskan atau dilambangkan kepada perkara lain. Ianya tidak dinyatakan atau disebutkan secara terus-terang atau ditujukan tepat terhadap seseorang. Dalam novel ‘ Matahari di Hujung Malam’, contoh berkaitan jenis ragam ini ialah “Kalau tidak ada sebabnya, masakan tempua bersarang rendah”. Kata-kata ini ditujukan oleh Cikgu Sharif kepada Cikgu Hamdan. Ia tentunya menyindir Cikgu Hamdan yang telah cedera dan dimasukkan ke hospital akibat dipukul oleh Zaidi dan kawan-kawannya. Cikgu Hamdan pasti mengetahui sebab berlaku kejadian tersebut atau mestilah berpunca daripada kesilapan Cikgu Hamdan sendiri. Namun begitu, sindiran berupa tuduhan ini tidak pula diluahkan secara terang-terangan oleh Cikgu Syarif. Begitu juga dengan dialog antara ...
Posts
Showing posts from September, 2018
- Get link
- X
- Other Apps
Kiasan asal dan jenis-jenis kiasan lai n gologan iniampir sama dengan peribahasa dari segi maksudnya, kerana ia juga mempunyai maksud di sebalik makna harfiahnya. Perbezaannya ialah ungkapan ini terus berubah dan tidak begitu mantap susunan dan bentuknya . Bahasa kiasan Bahasa kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan. Kiasan ialah kata atau frasa atau ayat yang digunakan untuk membanding sesuatu. Ia merupakan ciptaan penutur atau pengkarya berhubung dengan sesuatu keadaan, situasi atau persekitaran. Menurut Za'aba, bahasa kiasan boleh dibahagikan kepada kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan permanusiaan, kiasan berkacau, tamsil, ibarat, kias ibarat, tamsil ibarat atau cerita kiasan. Kiasan Asal Bahasa kiasan asal ialah kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perba...
- Get link
- X
- Other Apps
*PRAGMATIK* 👣Konsep penting ! → Mengkaji makna ujaran berdasarkan konteks sesuatu budaya masyarakat @ penggunaan bahasa dalam konteks yang sebenar 🍃 *PERIBAHASA* ● Susunan kata yang dipilih khas, kemas, ringkas dan mempunyai makna tertentu & mengandungi pelajaran ● Terbahagi kepada 2:- -selapis - 2 lapis *Selapis* = perkara yang dimaksudkan secara terus seperti _bidalan_ dan _pepatah_ Bidalan →mengandungi pengajaran dan fikiran yang benar Contoh :- buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali Pepatah → sifat rangkaian kata yang berkerat² atau berpatah² (cara pengucapan satu persatu) Contoh :- Hati hendak, semua jadi *2 lapis* = mendukung 2 makna iaitu makna tersurat dan tersirat dan dinamakan juga sebagai _perumpamaan_ Perumpaan terbahagi kepada 2 :- a) menggunakan kata bandingan Contoh :- bagai tikus membaik labu b) tidak menggunakan kata bandingan Contoh :- ukur baju di badan sendiri 🍃Kiasan ● Susunan kata atau bentuk bahasa yang memperkatakan sesuatu d...
- Get link
- X
- Other Apps
NOTA LARAS BAHASA Laras bahasa merupakan salah satu daripada aspek sosiolinguistik, iaitu tentang bahasa dan penggunaannya. Laras bahasa tidak terlepas daripada memperkatakan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan bahasa yang menyebabkan wujudnya dialek. Penggunaan ialah cara sesuatu bahasa digunakan secara berbeza - beza dalam pelbagai situasi. contohnya, kata - kata yang digunakan ketika bergurau senda adalah berbeza daripada kata - kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. MAKSUD LARAS BAHASA Laras bahasa bermaksud gaya atau cara penggunaan sesuatu bahasa. Laras bahasa boleh dikaitkan dengan cara mengunakan sesuatu bahasa yang melibatkan dalam situasi tertentu. Laras bahasa juga ditakrifkan sebagai ciri - ciri khusus penggunaan bahasa mengikut bidang sesuatu wacana yang digunakan. FAKTOR PENENTU LARAS BAHASA Faktor - faktor penentu tersebut ialah: S...