Kiasan asal dan jenis-jenis kiasan lai n gologan iniampir sama dengan peribahasa dari segi maksudnya, kerana ia juga mempunyai maksud di sebalik makna harfiahnya. Perbezaannya ialah ungkapan ini terus berubah dan tidak begitu mantap susunan dan bentuknya . Bahasa kiasan Bahasa kiasan ialah bahasa yang menyatakan sesuatu perkara dengan mengiaskannya kepada perkara lain, sama ada dengan menyebut bandingan atau tanpa menyebut bandingan. Kiasan ialah kata atau frasa atau ayat yang digunakan untuk membanding sesuatu. Ia merupakan ciptaan penutur atau pengkarya berhubung dengan sesuatu keadaan, situasi atau persekitaran. Menurut Za'aba, bahasa kiasan boleh dibahagikan kepada kiasan asal, kiasan berpindah, kiasan permanusiaan, kiasan berkacau, tamsil, ibarat, kias ibarat, tamsil ibarat atau cerita kiasan. Kiasan Asal Bahasa kiasan asal ialah kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan menggunakan benda lain sebagai perba...
Comments
Post a Comment