Assalamualaikum buat semua pencinta bahasa...
Alhamdulillah, akhirnya  niat yang tertangguh sekian lamanya disempurnakan oleh Allah.Sudah lama saya ingin melakar sesuatu di ruangan peribadi...Namun ia menjadi sebatas niat sahaja lantaran kesibukan dan kelemahan diri.
Dorongan suami serta pertolongannya dan keizinan Allah , akhirnya menghidupkan ruangan ini.
Sebagai entri pertama saya kongsikan cerita dari kelas 6 Bawah 3. Seorang pelajar lelaki yang sederhana ketinggiannya, agak pemalu orangnya menjadi topik bualan saya dan rakan sekerja di bilik guru. Kata seorang teman, pelajar ini yatim piatu dan dibesarkan oleh ibu saudara.Cerita ini saya simpan dengan niat untuk bersua dengan pelajar itu sendiri dan mendengar cerita dari mulutnya sendiri.
Hari ini kelas bermula 12.05 tengah hari.seabagai selingan saya mengajukan persoalan yang terbuku. Pelajar ini mengiyakan. Dia menjadi anak yatim seawal umurnya 2 tahun.Terkedu saya ... tambah menyedihkan apabila ibunya meninggalkan dia dibawah jagaan ibu saudaranya .Saya beritahu kepada pelajar lain bahawa saya sengaja bertanyakan perkara ini dihadapan kelas supaya rakan sekelas yang lain boleh belajar sesuatu.
Saya tanyakan beberapa soalan kepada pelajar-pelajar:

1.kalau seorang anak kecil merengek meminta sesuatu.... kepada siapa mereka akan meminta?
2. Kalau seorang anak kecil ketakutan....Kepada siapa dia mendapatkan perlindungan?
3.kalau seorang anak kecil kesedihan.... Kepada siapa dia mengadu?
4.Kalau seorang anak kecil kedinginan....kepada siapa diharapkan sebuah pelukan

Saya mendapat respons yang baik....kelihatan mata pelajar berkaca-kaca.Tahniah muridku...kalian masih ada roh dan jiwa yang peka dan empati terhadap apa pun jua.

Comments

Popular posts from this blog